IPOH: Kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang ditemukan tidak sedarkan diri dalam mesin basuh oleh neneknya semalam, disyaki memanjat dan terjatuh ke dalam mesin basuh berkenaan yang sedang beroperasi.
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata kanak-kanak yang merupakan orang kurang upaya (OKU) autisme itu, dipercayai memanjat mesin basuh berkenaan ketika semua orang di dalam rumah sedang tidur dalam kejadian kira-kira 9.30 pagi.
"Mesin basuh tersebut jenis muatan atas dan ketika kanak-kanak itu ditemukan mesin sudah berhenti beroperasi. Kami percaya kanak-kanak itu memanjat mesin basuh dan terjatuh ke dalamnya," katanya dalam kenyataan.
Semalam, dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Sungai Tapah Tambahan, Manjoi, seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun ditemukan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun pada 11.02 pagi.
Hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa adalah kecederaan di bahagian kepala akibat objek tumpul.
Sementara itu, Yahya berkata kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1) (a), Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611).
Menurutnya jenazah kanak-kanak itu telah dikebumikan di Johor hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 17 2023
ACP Yahaya berkata kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1) (a), Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611).
Presiden Nausedia menang pilihan raya presiden Lithuania
Penyandang Presiden Gitanas Nauseda telah memenangi pilihan raya presiden Lithuania, menewaskan pesaingnya Ingrida Simonyte dalam pusingan kedua pada Ahad.
Google kembali guna jenama ‘Google Cast’ sebagai pengganti Chromecast
Google Cast bukanlah nama baharu. Pada bulan Mac 2016, Chromecast pernah ditukar kepada Google Cast tetapi ditukar kembali kepada Chromecast kerana populariti dongel keluaran Google yang mampu
Mayat lelaki tertiarap di dalam longkang ditemui
Mayat seorang lelaki ditemukan dalam longkang di Taman Derga Jaya, di sini pada Ahad.
TMM2024: Melaka rekod 5.12 juta pelancong sehingga April
Sebanyak 5.12 juta pelancong direkodkan berkunjung ke Melaka dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).
Analisa dan keputusan peringkat negeri Selangor
Untuk perkembangan tersebut, kita bersama rakan setugas Hasimi Muhamad dari Jabatan Pendidikan Negeri Selangor di Shah Alam.
Kebakaran tercetus di Rafah susulan serangan udara Israel
Sebuah kebakaran tercetus di Rafah berikutan serangan Israel ke atas kawasan yang ditetapkan untuk pelarian Palestin itu pada Ahad malam.
Rakaman yang diperoleh Reuters itu menunjukkan orang ramai berkumpul berhampiran kebakaran besar itu.
Rakaman yang diperoleh Reuters itu menunjukkan orang ramai berkumpul berhampiran kebakaran besar itu.
Korban banjir di Brazil meningkat kepada 169 orang
Hujan lebat dan banjir yang melanda negeri Rio Grande do Sul di selatan Brazil telah meragut 169 nyawa sejak ribut melanda negeri itu pada 29 April, menurut agensi Pertahanan Awam pada Ahad.
Ibu bapa perlu kawal emosi, bimbing anak tuju kejayaan
Ibu bapa jangan lampiaskan kemarahan sehingga mengguris hati anak meskipun berasa kecewa dengan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diperolehi mereka.
Menurut Pensyarah Kanan Jabatan Psikologi Pendidikan Dan Kaunseling Universiti Malaya, Prof. Madya Dr. Mohd Nazri Abdul Rahman, sebaliknya, ibu bapa perlu bimbing anak mereka untuk menjejaki laluan yang membuka pintu kejayaan buat mereka.
Menurut Pensyarah Kanan Jabatan Psikologi Pendidikan Dan Kaunseling Universiti Malaya, Prof. Madya Dr. Mohd Nazri Abdul Rahman, sebaliknya, ibu bapa perlu bimbing anak mereka untuk menjejaki laluan yang membuka pintu kejayaan buat mereka.
Rakyat Gaza gali serpihan runtuhan, cari mayat
Susulan serangan udara Israel yang membunuh sekurang-kurangnya 35 rakyat Palestin dan mencederakan puluhan yang lain di Rafah, penduduk Gaza melakukan pencarian mayat melalui serpihan runtuhan.
Video yang dirakam pada Ahad itu turut menunjukkan mereka membawa masuk mayat ke dalam kenderaan kecemasan.
Video yang dirakam pada Ahad itu turut menunjukkan mereka membawa masuk mayat ke dalam kenderaan kecemasan.
[TERKINI] 11,713 calon SPM 2023 peroleh semua A
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Azman Adnan mengumumkan seramai 11,713 iaitu 3.1 peratus calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 memperoleh keputusan cemerlang gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran.
Kanak-kanak disyaki panjat sebelum jatuh ke dalam mesin basuh - Polis
ACP Yahaya berkata kanak-kanak OKU autisme itu dipercayai memanjat mesin basuh ketika semua orang di dalam rumah sedang tidur.